Langkah Menuju HIMPUN

Saya ingin hadir di HIMPUN. Bersama-sama yang lain dengan tekad "Selamatkan Akidah Umat". Namun, keinginan saya tersekat kerana kekangan yang timbul. Sekalipun jasad saya tiada di HIMPUN, sekurang-kurangnya dizahirkan azam saya di sini. Supaya semangat saya bersama yang lain di HIMPUN.

Saya masih ingat dengan jelas. Menyaksikan perhimpunan umat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan dan Istana Kehakiman. Berhimpun menunjukkan kesatuan umat berdepan ancaman terhadap Islam. Siapa-siapa yang hadir di Stadium Shah Alam 22 Oktober nanti perlu sentiasa ingat. Bersama-sama dalam perjuangan ini, bukan setakat yang hadir di HIMPUN.

Perjuangan "Selamatkan Akidah Umat" ini bukan sekadar retorik dan metafora politik. Kedudukan Islam di Malaysia (baca Isu Semasa) bahkan di seluruh dunia (baca Isu Semasa & buku "Panting Islam As The New Enemy") benar-benar terancam. Baik secara nyata mahupun sembunyi-sembunyi. Nah, kita buat apa!?

HIMPUN bukan permulaan perjuangan ini. Sudah pasti bukan pengakhirannya. Jangan bersemangat musim-musiman. Perjuangan ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap seorang daripada kita ada tanggungjawab. Kita perlu berfungsi dan berperanan atas kapasiti dan di lokaliti masing-masing.

Dalam perjuangan ini, jangan tunggu dijemput. Ikut, untung. Tak ikut, rugi. SELAMATKAN AKIDAH UMAT !

Comments