Puasa Bersama Ameen

Puasa tahun lepas saya lalui bersama isteri yang sedang sarat mengandung. Alhamdulillah puasanya tamat dan sedikit pun tak ganggu kesihatan anak kami sedang dikandungnya. Usia kandungan sekitar 4-5 bulan kalau saya tak silap.


Puasa tahun ni saya lalui dengan orang baru dalam keluarga. Anak yang dulu dilatih puasa ketika masih dalam kandungan sudah lahir keluar. Orang lain semua tengah puasa, Ameen boleh senang hati bertambah 4-5 aun susunya setiap dua jam berselang. Tak cukup minum susu ibu, minum pulak susu kambing (jenama Karihome: dicadangkan penggunaannya). Tak cukup susu kambing, dah mula makan beras nestle cerelac. Masih tak cukup ha... nah umi dia masak bubur nasik untuk dia masa kami buka puasa petang tadi.



Seronok tengok ameen membesar bagaikan johan. Bila jaga, kita tidurkan. bila tengah nyenyak Ameen tidur kita jagakan. Masa tengah sernok Ameen bermain, kita sakat buat samapi menangis. Bila Ameen dah menangis, terhegeh kita nak pujuk. Ameen pun naik hairan dengan kasih sayang yang ditunjukkan. Ameen oh Ameen...

Nak ucap terima kasih kat Ameen sebab kejutkan umi dan abinya di 2/3 malam khususnya dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Ameen kejutkan umi dan abi supaya dapat bangun beribadah dan sambung terus ke Sahur. Tapi kena upah Ameen menyusu sampai kenyang dulu dan ditidurkan balik. Barulah umi dan abinya senang hati di 2/3 malam Ramadhan ni.

Ameen sedang tidur dengan nyenyak...

Comments