Antenna Baru

Mana antenna baru?
Aku tempah hari itu,
Sudah lama TV rumahku biol haru biru.

Aku perlu antenna baru,
Rosak amat TVku,
Dibiar lama berotak palsu, berfikir kelabu,
Semagat kosong tanpa tuju.

Antenna baru,
Aku perlu buat ganti,
Buat TVku berfungsi kembali,
Supaya mencapai jauh lagi,
Agar otak fikirnya kembali ligat,
Buat input semangat,
Bukan seperti TVku yang usang kini.

Antenna baru,
Cepat beri padaku,
Kongsi tidak mahu,
Kerana aku perlu buat diriku,
TVku kian lama kian kelabu,
Khuatir nanti langsung hitam membisu.

Antenna baru,
TVku amat perlu,
Kalau sesiapa mahu tunjuk padaku,
Di mana boleh aku beli satu,
Tidak pun hadiahi sahaja aku,
TVku jangan sampai karat,
Rugi buat umat.

Aku mahu antenna baru...



anwarshazali,
Semariang, 18 Mac 2009

Comments

Anonymous said…
salam ziarah..

alhamdulillah, seronok bile dengar kerajaan nak bagi RM 20,000 untuk pelajar peringkat sarjana kedoktoran falsafah dan RM 10,000 untuk pelajar peringkat sarjana. tapi kalau sarjana tu yang dapat hanya 5-6 orang je sebab yuran satu sem pun dah dekat nak 2K..=) sape lah agak2nya yang bertuah tu..
betul3... sebab tu dlm ucapan pembentangan dia letak klausa yang "waive" tawaran ni hanya utk yang melepasai syarat-syarat merit yg ditetapkan... berapa ramai yang terima tu sama-sama la kita tengok pelaksanaan nanti. jangan tak cuba sudah...

tapi perlu maklum, tawaran dibuat utk tampung 100% yuran peringkat PhD dengan menambah lagi 20K utk kajian.