Setiap Langkah Adalah Pengalaman . . .

Setiap langkah adalah pengalaman,

Di dalam perjalanan yang panjang,

Namun, hujungnya pasti menjelang,

Kau mundur, nyata bagimu kerugian,

Kerana masa pasti berjalan,

Melangkahlah dengan panduan,

Agar hujungmu bahagia kesudahan,

Hidup di sini, di sana kemudian.


K. Anwar Shazali

Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air,

14 Disember 2008

Comments