Datuk Shah Rukh Khan...?


Saya terkedu membaca laporan akhbar penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) daripada TYT YDP Negeri Melaka, Tun Khalil Yakub yang membawa gelaran Datuk kepadanya pelakon, penyanyi dan tentunya penari hebat Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan. Siapa yang sangka?

Dalam banyak-banyak pelakon di Malaysia, pelakon Bollywood yang ini juga yang menjadi pilihan hati Melaka. Apakah jasanya yang dihargai sangat sehingga melayakkannya untuk menerima anugerah gelaran Datuk berbanding pelakon-pelakon "Malaywood"? Kononnya berjasa kerana membawa nama Melaka di peringkat antarabangsa melalui lakonannya di dalam salah sebuah filem Bollywood dengan berlatarbelakangkan Melaka.

Ingin saya tanyakan, berapa lama babak lakonan di Melaka itu ditayangkan di dalam filem? Berapa kali nama Melaka atau Malaysia disebut di dalam filem? Penonton filem sedar atau tidak Datuk Shah Rukh Khan sedang mempromosikan Melaka @ Malaysia pada waktu itu? Selepas menonton filem, adakah penonton tergerak hati untuk melancong ke Melaka @ Malaysia?

Wajar sangatlah Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) berkecil hati dek kerana anugerah yang diberikan Melaka kepada Datuk Shah Rukh Khan di atas alasan kolot itu. Kalau begitulah kelayakan anugerah Datuk Melaka, saya kira sudah berapa ramai pelakon Malaysia yang layak menerimanya. Bezanya, pelakon Malaysia bukan bertaraf antarabangsa kerana "Malaywood" tidak diiktiraf berbanding Bollywood.

Pada saya, lebih layak Afdlin Shauki, Mamat Khalid atau Ahmad Idham yang dianugerahkan Datuk Melaka kerana jasa perfileman meraka yang "original". Tak meniru selera Hollywood mahupun Bollywood. Memang "Malaywood".

Comments

hmmm...setuju2... setuju Ho Nam dapat title Datuk jgk..Yun Nam pn kene dpt gk.. tp dlm ynD tu mmg sorg tuh dh dpt title 'Latok' lagi...