Galaksi Muhsinin - di pasaran 23 Julai 2008


SINOPSIS

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam


Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.


Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang tidak dikenali.


Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan galaksi?



BIODATA PENULIS


AZRUL BIN JAINI dilahirkan di Miri, Sarawak. Mendapat pendidikan di Kolej T.D.T Haji Bujang sebelum melanjutkan pelajaran di Matrikulasi UIAM PJ dalam bidang Kejuruteraan. Kini beliau berada dalam tahun akhir pengajian di Kuliyyah Kejuruteraan, jurusan Mekatronik di UIAM Gombak.


Terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua II Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sejak 2006. Novel sai-fai Galaksi Muhsinin merupakan novel sulung beliau bersama PTS.


Blog beliau boleh dilayari di http://mujahidnusantara85.blogspot.com


Sumber: www.pts.com.my

Comments