Bumiputra Harus Sedar !!!

Bumiputra harus sedar bahawa hak keistimewan yang mereka kecapi hari ini adalah di atas dasar bahawa mereka merupakan kaum pribumi Malaysia. Berbeza dengan kaum Cina dan India yang dikira sebagai kaum pendatang. Namun, sejauh manakah Bumiputra menghargai hak keistimewaan yang mereka kecapi?

Sudah 50 tahun Bumiputra mengecapi hak keistimewaan yang diperuntukkan. Namun hari ini, fakta realiti masih menunjukkan bahawa Bumiputra ketinggalan jauh ke belakang di dalam majoriti lapangan kehidupan. Baik di dalam ekonomi, pendidikan, pemikiran malahan politik sekiranya dinilai daripada segi kesatuan.

Bumiputra tidak seharusnya berasa puas dan senang dengan “tongkat” yang disediakan oleh undang-undang. Kerana sikap inilah, maka Bumiputra terus menerus dirundung kemunduran dan masih lagi mahu disuap-suapkan dengan kemudahan tanpa ada kesungguhan usaha.

Kerisauan perlu timbul di kalangan Bumiputra tatkala melihatkan realiti mereka hari ini demi masa depan yang sedang menanti. Zaman berganti zaman, mungkin generasi akan datang sudah tidak lagi menghargai persefahaman antara kaum yang dibina di atas teori “kontrak sosial” semasa menubuhkan Malaysia. Tatkala masa itu tiba, apakah nasib Bumiputra?

Hari ini sahaja, sudah ramai pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputra. Apa tidaknya, tentu sahaja mereka geram melihat Bumiputra bermalas-malasan tapi tetap jua mengaut keuntungan daripada kesusahan kaum lain. Lihat sahaja kesungguhan usaha yang ditunjukkan oleh kaum Cina. Lihat sahaja dengan semangat membara kaum India. Kemudian lihatlah diri kaum Bumiputra, apa yang kita punya? Sampai bila kita harus bermegah dengan ketuanan politik di tangan kita sekiranya ketuanan itu sendiri sedang retak menanti belah?

Keadilan adalah dengan meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang sebetulnya. Maka, adalah tidak wajar untuk hak keistimewan semua kaum disamaratakan. Kerana keadilan tidak bererti kesamarataan. Kesamarataan, jika tidak berlandaskan kepada fakta realiti yang melatari suasana semasa akan menjurus kepada ketidak adilan. Lihat sahaja hari ini, betapa Bumiputra ketinggalan, bayangkan sekiranya kesamarataan hak diberikan kepada semua kaum, apakah nasib yang menimpa Bumiputra? Kesamarataan memerlukan untuk kita bermain di atas padang yang rata. Maka, seharusnya hak keistimewaan bumputra dipelihara sebaiknya berlandaskan Perlembagaan Malaysia.

Jangan sampai kita menang sorak, kampung pula yang tergadai. Fikir-fikirkan…

Comments

Anonymous said…
saya memang setuju...lebih2 lagi saya merupakan penduduk pribumi...saya memang kecewa kadang2 hak itu disalah guna atau tidak diambil perhatian...thingking of wanted to be successfull...memang susah dan payah...apa pun saya tabik dengan sekumpulan Graduan Menganggur memberanikan diri for business. Mereka menyeru agar orang ramai memberi sokongan. Pls visit www.foodinbamboo.blogspot.com
Anonymous said…
Boleh saya mencelah sedikit?

Terima kasih saudara,

Sebagai seorang Muslim yang non-bumi.......bagi saya adalah lebih adil untuk menyamarakatakan beberapa haq2 kepada non-bumi

Hak pendidikan terutamanya........itu sahaja....Sekian