Sedutan Ucapan Pak Lah Sempena Hari Belia 2008

Rakaman ini saya ambil ketika Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia sedang berucap di pentas Stadium Putra, Bukit Jalil bersempena dengan Hari Belia 2008. Jika anda rasa bahawa sia-sia sahaja anda menonton rakaman ini kerana kualiti audio dan video yang cukup teruk, saya terima dengan senang hati kritikan anda.

Kerana saya sendiri sebenarnya ketika mendengar dan melihat sendiri secara langsung uacapan Pak Lah ini merasakan sia-sia saya berada di situ kerana sistem audionya yang cukup teruk sehinggakan saya di bangku penonton tidak dapat menangkap secara jelas apa yang Pak Lah sebutkan. Tambahan lagi dengan duduk di sebelah pentas ucapan Pak Lah, maka penglihatan saya scara terus kepada beliau dihalang oleh kamera-kamera yang bergantungan. Saya kira, kita seri di dalam merasakan kesia-siaan ini.

Cumanya, saya selitkan juga rakaman ini untuk tontonan anda sebagai perkongsian rasa atas apa yang saya sendiri rasa semasa berada di tempat kejadian secara langsung. Selamat menonton...


Comments