Perhimpunan BERSIH: Berjaya atau Tidak, Pemerintah Tetap Dipandang Serong -2

Tindakan pemerintah mengenakan sekatan jalanraya seawall tengah malam 10 November lepas, semata-mata untuk mengahalang rakyat daripada serata Malaysia menghadiri Perhimpunan BERSIH telah menggambarkan kekhuatiran mereka terhadap keberjayaan perhimpunan itu nanti. Mana tidaknya. Di samping publisiti meluas di dalam dunia maya, pemerintah sendiri telah menyumbang di dalam mewar-warkan lagi perhimpunan tersebut.

Perhimpunan BERSIH, tidak kiralah apa walhasilnya, samada berjaya atau tidak untuk menghimpunkan 100,000 orang untuk menyerahkan memorandum BERSIH kepada YDPA, sebenarnya sudah pun memberikan kemenangan kepada pihak penganjur.

Sekalipun, perhimpunan BERSIH pada 10 November yang lepas telah berjaya dipecah-pecahkan kepada kelompok-kelompok yang lebih kecil oleh pihak FRU dengan “water cannon” dan gas pemedih mata, pihak penganjur telah berjaya memaksa pemerintah menunjukkan belang sebenar kepada dunia tentang tindakan ganas mereka di daam mendepani rakyat yang sedang melaksanakan hak asasi mereka untuk berhimpun secara aman.

Jika, perhimpunan tersebut berjaya menghimpunkan 100,000 orang pula, maka pihak penganjur berjaya menunjukkan betapa rakyat Malaysia mahukan perubahan di dalam corak perlaksanaan pemerintahan Negara khususnya berkenaan dengan urus tadbir pilihanraya.

Namun akhirnya, perhimpunan BERSIH yang lepas telah berjaya dan menang di dalam menangani pemerintah kerana berjaya menghimpunkan lebih daripada 100,000 orang dan juga berjaya memaksa pemerintah menggunakan keganasan dan mempertontonkan keganasan mereka di mata dunia. Bagaimana tidak, perhimpunan BERSIH berjaya mengambil perhatian dunia di tempat ke-2 selepas isu hangat demokrasi di Pakistan sekarang ini.

Jadi, sekalipun pemerintah dengan sedaya upaya cba untuk menyembunyikan fakta sebenar dengan menyatkan bahawa Cuma 4000 orang sahaja yang hadir di dalam perhimpunan tersebut melalui media-media pemerintah, rakyat Malaysia dan dunia tahu kebenaran sebenar. Dunia menonton bagaimana perhimpunan 100,000 orang itu berjaya melalui Al-Jazeera dan rakaman video oleh orang-orang awam. Pemerintah telah gagal di dalam peperangan fakta ini.

Bersambung…

Comments