Siri Perbincangan AUKU Siri ke-2

Kali ini Forum Lorong Tengah akan cuba menampilkan wakil-wakil dari gerakan pelajar yang pelbagai aliran. Perbincangan dari wakil 'mahasiswa idealis' mahupun 'mahasiswa aspirasi' akan membincangkan persepsi mereka mengenai Akta AUKU ini dari mata pelajar/mahasiswa itu sendiri....

Para mahasiswa dijemput hadir bagi bersama-sama membincangkan isu ini di dalam suasana penuh tradisi keilmuan. Forum Lorong Tengah (For-Lot) merupakan suatu medan bagi mengupas isu-isu dan ruang bagi mendengar pandangan/pendirian pelbagai pihak.


FORUM LORONG TENGAH (For-Lot) :
"AUKU -Pandangan Gerakan Pelajar"
Tarikh: 9 Februari 2006 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat: Dewan Seminar, Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak.
Pembentang:
WAKIL GAMIS
WAKIL PKPIM
WAKIL ASPIRASI


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr Saifullah: 0122348643. Atau Sekretariat PKPIM :03-6187 9520

Comments