Di Sini Aku Berdiri Menanti Jawapan Ilahi

Di sini aku berdiri,
Merenung luas jalan terbentang,
Bercabang dan bersimpang,
Lurus putar-putaran,
Buat pilihan,
Mengagah diri menapak jalan,
Licin tergelincir, aku angkat kembali,
Kasar tersadung, aku seimbangi,
Menuju satu tuju yang pasti,
Dalam pencarian erti,
Maksud aku dihidupkan di sini,
Aku khalifah aku juga abdi,
Buat yang Abadi,

Di sini aku perhati,
Dari jendela hati,
Jalan yang dilalui,
Sudah rosak, retak,
Tidak dibaiki lagi,
Tiada selamat,
Tiada manfaat,
Tiada berguna untuk diterusi,

Surat perkhabaran tiba,
Tak dipinta,
Mahu terusi atau pindah segera,
Jalan lain sudah tersedia,
Tuju mesti segera,
Izrael pasti tiba,
Bila-bila,
Tapi kasihku masih lagi,
Sayangku pada jalan ini,
Budinya terbilang,
Takkan ditinggalkan tak berperhujungan?

Atau mahu aku baiki,
Jalan lama rosak terbiar,
Kerana belum ada yang menampil diri,
Memang tiada yang mampu lagi,
Mahuku kah aku sendiri?
Merela diri buat jalan ini,
Mahukah teman sejalan?
Jadi pembantu pembaikian,
Yang rosak itu buangkan,
Yang retak itu ditampali,
Mahukah?

Ya Ilahi,
Kau Suci Rabbi,
KeputusanMu kehidupanku,
Kehidupanku di genggamanMu.



ITD 22/2/06

Comments