Bidasan Mahasiswa Ridzuan terhadap artikel "Mak Nyah Bukan Penyakit Mental oleh Sulastree Ariffin"

Mak nyah tak wajar ikut naluri -Surat Pembaca, Berita Harian 5/1/06


SAYA terpanggil untuk menyatakan pandangan ini selepas membaca surat yang ditulis Sulastree Ariffin mengenai mak nyah yang disiarkan 3 Januari lalu. Saya amat sedih apabila beliau menyatakan masalah mak nyah ini tiada kaitan agama.

Alangkah cetek pemikiran beliau apabila menyatakan masalah itu hanya akan berlaku apabila mereka mempertikaikan kejadian Tuhan. Tidakkah mereka sedar lelaki yang menyerupai perempuan adalah satu daripada dosa besar. Tidakkah mereka ini belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima yang menjelaskan mengenai dosa besar yang sepatutnya dihindari.

Saya amat terkilan dengan apa yang ditulis itu dan saya percaya Sulastree juga beragama Islam. Saya percaya golongan ini cuba menghalalkan apa yang diharamkan.

Mereka sepatutnya sedar masih ada ruang untuk mereka berubah dan bukannya terus mengikut naluri perasaan yang hadir daripada nafsu yang wujud dalam diri mereka. Mereka seharusnya sedar bahawa diri mereka diciptakan Tuhan untuk menjadi seorang lelaki dan bukannya seorang perempuan.

Mungkin saya terlalu mentah untuk mengulas lanjut, tetapi saya amat sedih apabila ada golongan yang cetek pemikiran agama cuba menghalalkan apa yang diharamkan Tuhan.

Kesedaran saya peroleh selepas melihat gaya hidup golongan yang menentang norma kehidupan yang menjadi seakan-akan barah dalam kehidupan masa kini.

Mereka cuba mempengaruhi golongan lain untuk menjadi seperti mereka dan ini bukanlah tuduhan tapi berlaku di depan mata saya sendiri. Mereka cuba menerapkan cara hidup mereka ini kepada golongan yang masih boleh disedarkan.

Nasihat saya kepada golongan ialah kembalilah kepada tuntutan semula jadi yang diciptakan Tuhan. Bersyukur dan janganlah mempertikaikan kebenaran ciptaan-Nya.

MAHASISWA RIDZUAN,

Subang Jaya, Selangor.

Comments

Anonymous said…
Baru terbaca petikan daripada "Cahaya Serata Alam" ini.

Pelik rasanya bila seorang "mahasiswa" mempertikaikan apa yang telah dibuktikan oleh para saintis masakini. Perlukah "mahasiswa" ini menimba lebih banyak pengetahuan?

Nak tergelak pula rasanya apabila seorang "mahasiswa" itu berpendapat kehidupan seorang mak nyah tu adalah bertentangan dengan norma kehidupan, lebih-lebih lagi dengan kes rogol, pembunuhan, rompakan yang tengah berleluasa kini dan juga zaman dahulu kala. Adakah semua kejadian ini satu norma kehidupan?

Tak tertahan rasanya nak ketawa terbahak-bahak apabila dia menyatakan yang Mak Nyah tu bukan ciptaan tuhan, terutamanya sekali dalam dunia ini sekarang terdapat banyak kacukan jenis haiwan dan manusia, dan ada jua yang dilahirkan lain daripada manusia biasa.

Adakah kita betul-betul masih lagi berfikiran secara tertutup dalam abad ini? Kononnya masyarakat mak nyah ni 'influence' orang join mereka... Macam mana boleh pengaruh orang ni... Kalau saya nak cuba influence orang beli produk komputer dari saya pun dah susah, lebih-lebih lagi berpakaian perempuan.

Bolehkah "mahasiswa" ini menjelaskan apa bezanya identiti sexual dengan pilihan sexual? Saya percaya yang "mahasiswa" ini tidak mahu ambil tahu mahupun belajar mengenai kebenaran tentang mak nyah ini, justeru akan terus mempertikaikan lagi kewujudan mereka sebagai penyakit mental. Jadi cakaplah apa yang nak dicakapkan. Kebenaran akan wujud pada akhirnya.

Tak salah itu untuk memperjuangkan agama, tapi tuhan bagi kat kita ni dua mata untuk menyaksikan sendiri apa yang sedang berlaku dalam dunia ini sekarang. Tak baik tertutup dalam falsafah sendiri. Apa hak "mahasiswa" ini untuk mengambil tempat tuhan untuk mengadili manusia lain?

Banyak mak nyah, dan pak nyah, sudahpun dibunuh oleh orang orang berdiskriminasi dan yang tidak mahu memahami jiwa mereka. Saya berharap "mahasiswa" ini tidak akan menjadi salah seorang dari mereka.

Excuse me sir, get your facts straight... golongan mak nyah bukan seorang lelaki yang meniru seorang perempuan, takkan mereka nak menjadi golongan seks lemah? Kah kah kah... ermm... sori... tak tertahan ketawa lagi.....

Terdapat penyakit yang tengah berleluasa dalam negara ini , iaitu diskriminasi. Manusia memang sudah lama tidak boleh menerima kejadian atau orang yang sedikit pun lain daripada "norma kehidupan" mereka.

"Norma kehidupan" bukanlah ditetapkan masyarakat, tetapi dalam hati sesuatu manusia. Apa yang akan terjadi bila masyarakat sesuatu negara enggan menerima dan menghormati "norma kehidupan" negara lain?

Terjadilah perang dimana berpuluh-puluh ribu manusia terkorban dalam pemeliharaan "norma kehidupan" masing-masing.

Jadi sebelum terjadi perang saudara antara manusia dalam negara tercinta kita ni, saya memintalah "mahasiswa" ini, untuk teruslah membidas golongan barah mental "kononnya..." ni.

I nak tengok showlah. Banyak lagi nyah yang belum terbunuh akibat barah diskriminasi ni. Diharapkan kata-kata "mahasiswa" ini dapat merangsangkan fikiran golongan manusia daripada "norma kehidupan" ni untuk membuat sesuatu...........
terima kasih atas sumbangan pendapat untuk menyuburkan perbincangan...