Mari Lihat ! Respon ibnu_ishak12@yahoo.com terhadap Artikel Penulis...

Amat biadap! PKPIM kritik rektor UIAM

Saya terkejut dengan pendirian PKPIM apabila membaca artikel "SRC bukan wadah perjuangan rakyat", karangan Khairul Anwar B. Shazali, aktivis Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) di peringkat negeri dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Aktivis PKPIM itu yang juga pelajar Sarjana Muda Undang-Undang Sivil di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) begitu biadap mengkritik Rektor UIAM sebagai pembohong dan mendustakan agama. Satu tuduhan dan kritikan yang amat biadap dengan mempersendakan sumpah rektor “wallahi, watallahi, wabillahi” dalam ucapannya semasa Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin pelajar, 19 Ogos lepas.
Aktivis PKPIM ini juga mempertikaikan kewibawaan universiti dengan mempersendakan keputusan BOSA (Board of Student Adviser) berkenaan dengan sistem peraturan pilihanraya kampus.
Inikah amalan syak wasangka dan tuduhan melulu,berniat jahat yang diamalkan oleh aktivis PKPIM yang kononnya mengamalkan konsep non-partisan?
Jangan berselindung di sebalik kalimah non-partisan, kalau ahli-ahlinya sendiri galak berpolitiking.Apa niat artikel seumpama itu ditulis ? Mahu mengaibkan Prof. Kamal Hassan atau mahu menjatuhkan rektor yang berwibawa itu ?
Cukup kuatkah bala tentera PKPIM mahu melawan rektor UIAM ? Kalau terasa amat kuat, silakan...

Comments

Anonymous said…
Budget Launches Blog-Based, Sixteen City Treasure Hunt
In a first, Car rental company Budget has launched a blog-based, four-week, 16-city treasure hunt, called Up Your Budget , which offers a total of $160,000 in prizes.
Just read your blog. Interesting Stuff. I have added a bookmark on it. Will come back later to view.

Take a look at my site.

I have a wellness site/blog. It pretty much covers wellness related stuff.

Come and check it out if you get time :-)