Mangsa Tsunami bertambah-tambah...

Mangsa bencana Tsunami tempoh hari bertambah-tambah. Sehingga kini, angkanya mencecah 55,000 orang diseluruh Asia (Utusan Malaysia, 29/12/04) bagi Negara-negara yang terlibat. Ribuan yang kehilangan sanak-saudara, ribuan juga yang kehilangan tempat kediaman dan hilang punca rezeki kehidupan. Akibat daripada bencana Tsunami ini adalah amat dasyat. Malah gegaran gempa bumi tempoh hari yang berpusat di barat daya Sumatera (Utusan Malaysia, 29/12/04) dikatakan sebesar 8.9 skal rikter dan meningkat hingga 9.1 skala rikter. Gempa bumi ini dikatan terdasyat pernah terjadi di muka bumi ini sepanjang 40 tahun yang sudah.
Selain daripada kesedihan yang sedang menyelubungi negara-negara kawasan bencana, rakyat negara-negara tersebut dilanda kebimbangan dengan amaran awal yang dikeluarkan bahawa kemungkinan gempa bumi susulan.
Gempa bumi ini juga sebenarnya telah melahirkan satu kesedaran khususnya kepada Malaysia dalam berhadapan dengan bencana alam. Jika sebelum ini Malaysia cukup senang kerana tidak terletak di dalam lingkaran bencana alam seperti gempa bumi dan gunung berapi, tapi kini sikap berjaga-jaga dan langkah keselamatn awal perlu untuk digerakkan untuk mengelakkan akibat dasyat yang tidak disangka-sangka.
Seluruh rakyat Malaysia samada di dalam atau di luar negara diseru untuk menghulurkan bantuan segala apa yang termampu untuk membantu mangsa-mangsa bencana Tsunami ini. Bantuan kewangan, makanan dan tenaga amat diperlukan untuk memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana terpelihara. Di samping itu, sokongan moral juga amat perlu untuk menguatkan kembali semangat mereka.
Sambutan Tahun Baru yang mendatang tidak akan mendatangkan apa-apa erti jika di kala hiruk pikuk sambutan tersebut ada di kalangan rakyat kita yang sedih kepiluaa. Sambutlah tahun baru 2005 ini dengan menunjukkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap warganegara yang prihatin dan peka dengan warganegara yang lain. inilah tanggungjawab seorang insan kepada insan lain yang memerlukan. Sesungguhnya itu lebih bermakna daripada menunjukkan sikap liar yang tidak patut ada.
Jadilah Insan yang Berguna...

Comments